Rabu, 01 Julai 2009 - Penjara Pusat Miri telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada penghuni dengan jayanya penghuni. Seramai 20 orang penghuni yang telah terpilih untuk mengikuti kursus ini.
Rabu, 01 Julai 2009 - Penjara Pusat Miri telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada penghuni dengan jayanya penghuni. Seramai 20 orang penghuni yang telah terpilih untuk mengikuti kursus ini.
Kursus yang dijalankan ini bertujuan agar penghuni ada timbul perasaan insaf dan sedar akan dosa yang dilakukan. Bukan itu saja bahkan ianya juga untuk memberi pendedahan kepada penghuni agar dapat mengetahui cara menguruskan jenazah sehinggalah pengebumian jenazah.Dalam kursus ini terdapat tiga slot ceramah termasuklah slot amali yang dijalankan.
Ceramah pertama bertajuk "Mengingati Mati" dan ceramah kedua pula "Pengurusan Jenazah". Manakala amali yang dilakukan adalah cara penyediaan kain kafan, memandikan jenazah dan solat jenazah. Pengisian aturcara program ini juga bersolat secara berjemaah pada waktu zohor di bilik halaqah. Penghuni yang mengikuti kursus ini bersemangat semasa ceramah sedang dijalankan.
Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Malsiron Bin Rogikin dari Pejabat Agama Islam Miri. Kemudian imam Masjid Pujut iaitu Hj Salam Bin Hj Ahmad. Kursus yang dijalankan bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 3.30 petang ini begitu menggalakkan terhadap penghuni.
Penyampaian cenderhati telah disampaikan oleh Pegawai Kaunseling, Ketua Inspektor Penjara Edwin Jong Liew Mien yang mewakili Yang Setia Pengarah Bismillah Bin Abg Masra kepada penceramah jemputan.
""