Pasukan Pahang B (Penjara Bentong) telah berjaya dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Dalam Dewan Penjara Malaysia 2009.
Pada kali ini Penjara Penor telah diberi penghargaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi mengelolakan Kejohanan Sukan Dalam Dewan Penjara Malaysia 2009. Sebanyak 17 buah pasukan yang mengambil bahagian iaitu daripada Penjara Jelebu, Penjara Tapah, Penjara Kluang, PPA Machang, Penjara Pulau Pinang, Parol Negeri Perak, Penjara Sungai Buloh, Penjara Penor, Penjara Bentong, Penjara Marang, Penjara Pokok Sena, Penjara Johor Bahru, Penjara Simpang Renggam, Penjara Pengkalan Chepa, Kem Tahanan Kemunting dan Penjara Kajang.
Kejohanan tersebut telah barlangsung di Dewan Utama Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Antara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini adalah Karom berpasukan Lelaki dan Perempuan, Dart Berpasukan Lelaki dan Perempuan, Catur, Dart Terbuka individu, dimana Karrom Terbuka Individu. Peserta telah mendaftarkan diri pada 18 Jun 2009 di Asrama Kolej yang sama.
Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan telah dilakukan oleh Pengarah Penjara Bentong, TKPj Mohd Sakeri bin Hj. Dollah pada malam 19 Jun 2009 bertempat di Dewan Melati, Penjara Penor. Majlis dipenuhi dengan acara bacaan ikrar oleh KIP Azzuan bin Zahari, penyampaian cenderamata kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian dan jamuan makan malam. Majlis ini diserikan lagi dengan iringan muzik oleh kumpulan �The Roadblock Band� IPK Kuantan.
Majlis Penutupan Kejohanan telah dilaksanakan oleh PKP Jamil Razif bin Kassim, Pengarah Penjara Penor pada 21 Jun 2009 bertempat di Dewan Utama Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS).
""