2. Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
2.1 Pegawai Kanan
- Penolong Penguasa Penjara KX 38 dan ke bawah
- Umur tidak melebihi 45 tahun
- Telah menghadiri Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara
- Sihat tubuh badan dan tidak mengalami kecederaan yang serius seperti patah atau kecacatan anggota
- Bebas dari sebarang penyakit asma, alergi/alahan
- Mempunyai rekod kehadiran yang baik dalam perkhidmatan
- Tidak mempunyai apa-apa aduan bertulis (tindakan tatatertib) sepanjang 12 bulan terdahulu
- Boleh bekerja lebih masa dan bersedia untuk apa-apa panggilan tugasan pada bila-bila masa
- Mempunyai minat yang mendalam terhadap penjagaan anjing dan dapat menyesuaikan diri dengan anjing sehingga tamat tempoh
- Sanggup bertugas di mana-mana tempat seperti yang diarahkan
2.2 Pegawai Rendah
- Sarjan Mejar KX 24 dan Sarjan KX 22 (Umur tidak melebihi 48 tahun)
- Koperal KX 20 dan ke bawah (umur tidak melebihi 40 tahun)
- Telah menghadiri Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara
- Sihat tubuh badan dan tidak mengalami kecederaan yang serius seperti patah atau kecacatan anggota
- Bebas dari sebarang penyakit asma, alergi/alahan
f. Mempunyai rekod kehadiran yang baik dalam perkhidmatan - Tidak mempunyai apa-apa aduan bertulis (tindakan tatatertib) sepanjang 12 bulan terdahulu
- Boleh bekerja lebih masa dan bersedia untuk apa-apa panggilan tugasan pada bila-bila masa
- Mempunyai minat yang mendalam terhadap penjagaan anjing dan dapat menyesuaikan diri dengan anjing sehingga tamat tempoh
- Sanggup bertugas di mana-mana tempat seperti yang diarahkan
k. Mempunyai lesen memandu kelas D/E digalakan memohon
3. Cara-Cara Memohon
Calon-calon yang berminat boleh memohon dengan menghubungi atau mengisi borang yang boleh didapati di pejabat Unit K9 Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia seperti di bawah :
Unit K9 Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Bukit Wira, 43000 Kajang SELANGOR Tel : 03-87394770 Faks : 03-87394769 |
4. Temuduga
Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak saja akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi Ujian Kecergasan Fizikal dan temuduga
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2010
""