20 Julai 2009, Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Y. Bhg. Datuk Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian dalam Negeri telah membuat lawatan kerja .... |
Ketibaan Y. Bhg Datuk KSU pada jam 2.00 petang telah disambut oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, Komisioner Penjara (Operasi), Komisioner Penjara (Pengurusan) dan Pengarah-Pengarah Bahagian JPM serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Y. Bhg. Datuk KSU telah berkenan menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan kehormatan. Beliau juga telah diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara yang bertugas di IPPM.
Seterusnya Y. Bhg. Datuk KSU telah dibawa ke Bilik Persidangan IPPM untuk mengikuti taklimat ringkas berkaitan Jabatan Penjara Malaysia yang telah disampaikan oleh Komisioner Jeneral Penjara. Dalam sesi taklimat dan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara, Y. Bhg. Datuk KSU telah menyampaikan amanat ringkas supaya kakitangan Jabatan Penjara sentiasa bersedia dan peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pengurusan keselamatan dan pemulihan banduan.