| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program We-Care Peringkat Penjara Kluang Bersama Masyarakat Kg. Sri Tambak, Kluang, Johor

Program We - Care 2009 Peringkat Penjara Kluang telah diadakan pada 16 Julai 2009 bertempat di Kg. Sri Tambak. Program bersama masyarakat setempat ....
Program We - Care 2009 Peringkat Penjara Kluang telah diadakan pada 16 Julai 2009 bertempat di Kg. Sri Tambak Kluang Johor. Program bersama masyarakat setempat ini telah dirasmikan oleh YB Hoo Seong Chang, ADUN Paloh. Ketibaan YB pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh paluan kompang daripada Kumpulan Kompang Penjara Kluang.

Antara matlamat program We - Care kali ini adalah :


  1. Membantu keluarga miskin melalui khidmat nasihat, tenaga dan modal untuk mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan.
  2. Membaikpulih penempatan keluarga miskin sekiranya perlu.
  3. Bekerjasama dengan kominiti setempat, NGO, orang perseorangan, badan kerajaan lain dan badan korporat untuk turut menyumbang dalam program we care.
  4. melibatkan penghuni penjara yang telah dipulihkan sebagai pengelola plan, penyedia kemudahan dan penasihat teknikal program.
  5. Mengeluarkan keluarga dari garis kemiskinan menerusi memanfaatkan sumber yang sedia ada menerusi bimbingan dan nasih

Majlis bermula dengan bacaan doa kemudiannya ucapan daripada wakil Kg. Sri Tambak. Diikuti oleh ucapan daripada PKK Mat Rashid Bin Jalil. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YB ADUN Paloh. Bagi menghargai kesudian YB merasmikan program tersebut, penyampaian cencerahati disampaikan oleh PKK Mat Rashid kepada YB ADUN Paloh. YB kemudiannya melawat ke gerai pameran dan mengambil kesempatan untuk mengecat rumah penduduk kampung.

""