KMK OPTIMIS dari Penjara Tawau, Sabah dengan tajuk projek PENGGUNAAN MARKER PEN KURANG SESUAI, telah menerima Anugerah Emas di Konvensyen ICC .... |
Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah Tn. Hj. Mohd. Zaki Ibrahim melalui ucapan aluannya telah mengumumkan sebanyak 30 organisasi telah menyertai konvensyen tersebut pada tahun ini. Sebanyak 30 kumpulan telah membentangkan projek inovasi dan kreatif masing-masing yang melibatkan 14 buah organisasi. 8 kumpulan yang bertanding merupakan kumpulan dari Sarawak dan Semenanjung Malayisa.
Majlis penutupan telah dimulakan oleh ulasan Ketua Panel Penilai Konvensyen ICC, ucapan aluan dan penghargaan Ketua Pengarah MPC, Y. Bhg Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman dan seterusnya ucapan persamian penutupan dan penyampaian anugerah oleh YB. Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Turut hadir di majlis penutupan adalah ketua-ketua institusi kerajaan termasuk Pengarah Penjara Sabah, YS Tn. Mohd Sabri Bin Yaacob.
KMK KARISMA dari Penjara Wanita Kota Kinabalu yang juga berjaya menerima anugerah Emas. KMK OPTIMIS akan mewakili Jabatan Penjara Malaysia di konvensyen ICC peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Pusat Konvensyen KLCC pada 18 - 20 Ogos 2009 akan datang.