Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan kempen derma darah yang di kelolakan oleh Bahagian Pemulihan dan Rawatan IPPM, dengan kerjasama Pusat Darah Negara pada 15 Julai 2009 bertempat di Mes Pegawai IPPM. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi itu disertai oleh 130 kakitangan jabatan turut sama mengambil bahagian ialah pengarah Pemulihan dan Rawatan TKPj. Hj. Darussalam bin Hj. Budin. Kempen Derma Darah merupakan salah satu aktiviti tahunan Jabatan yang dianjurkan Bahagian Pemulihan dan Rawatan. ""