| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program We-Care Jabatan Penjara Malaysia Dengan Kerjasama Agensi Kerajaan Bersama Masyarakat

Suatu Program "We-Care" - gotong royong membersih Masjid Jamek Kamunting, Perak telah diadakan pada 26.7.2009(Ahad) bermula jam 8.20 pagi ....
Suatu Program "We-Care" - gotong royong membersih Masjid Jamek Kamunting, Perak telah diadakan pada 26.7.2009(Ahad) bermula jam 8.20 pagi hingga 1.00 tengahari. Program tersebut telah diadakan bersama dengan masyarakat setempat yang telah rasmikan oleh Y.B. Encik Mohammad Zahir b. Dato' Hj. Abdul Khalid, Merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi.

Dalam intipati ucapannya beliau menyatakan Majlis "We-Care" yang diadakan ini memberi faedah yang sangat besar kepada Jabatan Penjara dan Masyarakat setempat. Program seperti ini harus diteruskan di masa akan dating.

Majlis tersebut disertai seramai 50 orang kakitangan Penjara pelbagi peringkat kakitangan yang diketuai oleh PP Hj. Ibrahim b. Samad, (8)orang banduan Pra-Bebas, (50) orang Persatuan Belia Gerak Gempur, Kawasan Kamunting, (40) Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek, Kamunting.

Kerja-kerja gotong royong membersih kawasan dalam dan luar masjid telah diadakan.

Tujuan utama Program "We-Care" ini diadakan ialah untuk menintegrasikan kembali banduan ke pangkuan masyarakat, menanam rasa keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab dikalangan banduan yang bakal dibebaskan. Disamping itu program yang diadakan diharap akan dapat mengatasi sosial stigma dikalangan masyarakat terhadap banduan yang dibebaskan dari penjara.

Y.B. Encik Mohammad Zahir b. Dato' Hj. Abdul Khalid, ADUN Kamunting sudah hadir makan tengahari bersama-sama semua yang terlibat dalam kerja-kerja gotong royong ini.

Majlis diadakan dengan lancar tidak ada apa-apa masalah yang dihadapi.

""