| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Olahraga Penjara ASEAN Kali Ke-16, Brunei Darussalam 19 Hingga 21 Disember 2008

Kejohanan Olahraga Penjara-Penjara ASEAN kali Ke-16 telah berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2008 di Negara Brunei Darussalam.
1
2


Sebanyak lima buah negara telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan dwi tahunan ini iaitu Brunei Darussalam selaku tuan rumah, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Kontinjen Jabatan diketuai oleh Y.Bhg KP Dato' Hj.Zulkifli Omar dan dibantu oleh Pengarah Penjara Sabah, PKK Mohd Sabri Yaacob sebagai Penolong Ketua Kontinjen.

Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 43 atlit lelaki dan wanita untuk mengambil bahagian di dalam 49 acara padang dan balapan yang dipertandingkan iaitu 22 acara lelaki senior, 7 cara lelaki veteran, 17 acara wanita senior dan 3 acara wanita veteran. Kontinjen Jabatan juga turut menghantar seramai 11 orang atlit yang mengambil bahagian di dalam pertandingan tarik tali dan 3 orang pemain golf yang turut disenaraikan di dalam kejohanan pada kali ini.

Dari segi pungutan pingat, Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya meraih pungutan pingat yang tertinggi iaitu 19 emas, 18 perak dan 14 gangsa diikuti Negara Brunei Darussalam iaitu 15 emas, 18 perak dan 14 gangsa. Sepanjang tempoh tiga hari kejohanan tersebut hanya dua pasukan yang bersaing hebat bagi merebut johan keseluruhan yang dikira melalui sistem kiraan mata. Hanya dua mata yang menjadi jarak yang memisahkan pasukan tuan rumah sebagai johan keseluruhan yang mengumpul sebanyak 544 mata manakala Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia 542 mata.

Kedudukan
Negara
Mata Emas PerakGangsa
Jumlah
1 Brunei 544 15 18 14 47
2 Malaysia 542 19 18 14 51
3 Thailand 295 5 8 11 24
4 Singapura 241 9 4 9 22
5 Indonesia 67 2 2 1 5


Namun demikian kontinjen Jabatan tetap mengungguli bagi acara pertandingan tarik tali dengan menjadi johan kali ke tiga berturut-turut dan pasukan golf pula mendapat tempat ke tiga. Lebih membanggakan ialah apabila atlit wanita Jabatan Penjara Malaysia iaitu Wajara Zura bt. Omar dari institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah dinobatkan sebagai atlit wanita terbaik pada kejohanan kali ini. Beliau yang telah berjaya mendapat 5 pingat emas dalam acara 110m lari berpagar, 400m lari berpagar, lompat kijang, 4x100m, 4 x400m dan 2 pingat perak dalam acara lompat jauh dan 100m.

Secara keseluruhannya prestasi para atlit pada kejohanan kali ini amat memberangsangkan dan telah memperlihatkan kemajuan yang baik dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi bagi menjulang nama Jabatan Penjara Malaysia pada kejohanan kali ini. Negara Vietnam dijangka akan menjadi tuan rumah pada tahun 2010.
""