| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Penjara Malaysia siri 2/2008

Pada 14.1.2009, Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia telah bermesyuarat bagi memperakukan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Penjara Malaysia siri 2/2008. Pada 14.1.2009, Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia telah bermesyuarat bagi memperakukan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Penjara Malaysia siri 2/2008.

1



Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Komisioner Jeneral Penjara dan turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Dalam Negeri.

Penilaian Tahap Kecekapan siri 2/2008 ini melibatkan seramai 4,202 calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga. Pada keseluruhannya skor keputusan calon tertumpu kepada Aras II .

Hasil daripada mesyuarat tersebut keputusan telah diperakukan oleh pihak lembaga dan para calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga akan dapat melihat keputusan masing-masing melalui web jabatan mulai hari Selasa 20.1.2009.

Calon yang ingin menduduki dan menambahbaik keputusan peperiksaan hendaklah menghantar borang permohonan ke Bahagian Kepenjaraan mengikut jadual yang telah diedarkan. Jadual juga boleh dilayari melalui web Jabatan.
""