Perjumpaan bagi keluarga penghuni sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2009 adalah seperti berikut :
INSTITUSI |
TARIKH PERJUMPAAN |
Bagi semua Institusi Penjara Malaysia, Pusat Pemulihan Akhlak dan Sekolah Henry Gurney. | Lawatan ditetapkan pada |
Bagi Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (Tahanan I.S.A. sahaja) | Lawatan ditetapkan pada |
- Semua lawatan di institusi-institusi Penjara ditutup pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina kecuali bagi Tempat Tahanan Pelindungan Kamunting, Taiping.
Peraturan Perjumpaan :
- Waktu Perjumpaan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
- Pelawat diminta membawa bersama Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan.
- Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara.
- Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni dari KAUM CINA sahaja.
- Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan kesemua kemudahan asas telah disediakan oleh pihak Penjara. Jika sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni, atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan.