Kehadiran Puan Sri Hajjah Siti Juliana bte Johan ke Sekolah Henry Gurney (SHG) bukan hanya sekadar membuat lawatan tetapi beliau telah mengambil kesempatan untuk memberi ceramah motivasi bertajuk "Kasih Sayang dan Sentuhan keluarga". Antara intipati dalam ceramah beliau ialah penekanan dalam soal kasih sayang pada diri sendiri adalah lebih diutamakan dimana ianya dapat menghindarkan diri dari terjebak melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Beliau juga mengharapkan agar penghuni-penghuni dapat menyesuaikan diri dan menjadi warga yang berguna apabila dibebaskan.
Selain dari itu diadakan juga majlis penyampaian wang hadiah kepada anak-anak kakitangan SHG Melaka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2008. Datin Hajjah Salasiah bte Haji Sidek telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah tersebut.