Seramai 17 orang banduan yang terdiri dari ( 14 ) orang banduan lelaki, dan (3) orang banduan wanita telah terlibat secara langsung dalam majlis tersebut yang dikawal rapi oleh anggota Unit Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) sambil dibantu oleh 4 anggota serta pegawai dari Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Kluang Johor.
Antara pegawai � pegawai kanan yang hadir ialah KIP Razali Bin Sabtu, merangkap wakil Ketua Unit Pemulihan Penjara Kluang, sebagai pegawai penyelaras dan pegawai-pegawai bahagian pemulihan.
Majlis yang bertemakan "Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina" ini berjaya mempertemukan serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta silatulrahim antara banduan tersebut dengan keluarga dan sahabat handai mereka.
Majlis ini juga berjaya mencapai objektifnya untuk merapatkan hubungan di antara keluarga dan banduan bagi melahirkan rasa kekesalan dan keinsafan diatas perbuatan yang telah mereka lakukan serta berjanji kepada keluarga mereka untuk tidak mengulangi serta bertekad untuk memulakan hidup baru yang lebih berguna. Ianya juga bertujuan untuk memberi motivasi serta kefahaman kepada keluarga bertapa pentingnya peranan dan tanggungjawab keluarga bagi memberi kesedaran kepada penghuni di penjara. Diharapkan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang merupakan hari yang istimewa buat banduan yang beragama Buddha ini akan menyuntik semangat untuk mereka terus menjalani kehidupan didalam penjara sehingga dibebaskan kelak.
KIP Razali Bin Sabtu Sedang Menerangkan Prosedur Perjumpaan Bersemuka Tahun Baru Cina |
Saat yang amat dinantikan oleh para banduan ini ialah apabila dapat bertemu dengan keluarga tercinta. |
Betapa Mesra Hubungan Seorang Ibu dengan Anak-anaknya. |