Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H pada kali ini pihak Penjara Penor menerusi Unit Rundingcara telah menganjurkan Program Mengacau Bubur Asyura pada 20 Januari yang lalu.
Program ini disertai oleh 210 orang penghuni di mana mereka terdiri daripada Penghuni Pelan Pembangunan Insan, Program Halaqah, Therapeutic Community, Kerja Bengkel,dan banduan Pra Bebas. Acara mengacau Bubur Asyura dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan mengacau 7 buah kawah Bubur Asyura. Dalam pada masa yang sama turut diadakan Ceramah di Surau Penjara yang disertai oleh 170 orang penghuni.
Setelah selesai bubur asyura tersebut diagihkan kepada semua penghuni dan kakitangan Penjara Penor. ""