Jemaah Pengampunan Negeri Selangor yang bersidang telah menimbangkan rayuan pengampunan seorang banduan akhir yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, di bawah Peraturan 114 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 supaya hukuman mati diringankan dan banduan tersebut dibebaskan dengan serta merta. Perintah dan proses pembebasan banduan telah dibaca dan dilaksanakan oleh PKP S. Gunasegaran a/l Shammugam pada 10 Februari 2009. |