Pencapaian kali ini amat membanggakan kerana salah seorang peserta Ram Kumar a/l Govindasamy telah dinobatkan sebagai olaragawan terbaik bawah 18 tahun. Beliau telah memenangi sebanyak tiga pingat emas melalui acara 1500 M, 800 M dan 5000 M. Kontijen SHG Melaka turut memenangi satu emas dalam acara merejam lembing dan satu perak serta satu gangsa kedua-duanya dalam acara lempar cakera.