Program ini bertemakan "Jatidiri dan Keutuhan Minda Dalam Menjaga Alam Sekitar" diadakan adalah untuk memupuk semangat setiakawan dan cintakan alam sekitar di kalangan kakitangan penjara.
Pelepasan konvoi dari Penjara Penor telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Penor, PKP Jamil Razif bin Kassim pada jam 8.00 pagi di mana peserta konvoi seramai 30 orang peserta yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penjara Penor, PP Abdul Rahim bin Hj Arshad. Perjalanan konvoi sejauh lebih kurang 500 km yang memakan masa selama 10 jam melalui Temerloh, Kuala Lipis, Gua Musang dan seterusnya ke Cameron highlands tidak mematahkan semangat peserta konvoi untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dirancangkan. Di pertengahan jalan peserta konvoi berhenti sementara disebuah masjid di Felda Kechau untuk menunaikan solat Jumaat. Setelah selesai, pihak masjid turut mengadakan bacaan tahlil dan peserta konvoi turut serta dalam majlis tersebut. Pihak masjid mengalu-alukan kedatangan peserta konvoi dan dijamu dengan juadah yang disediakan oleh pihak masjid. Sebelum meneruskan perjalanan, PP Abdul Rahim bin Hj Arshad telah memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak masjid diatas jamuan yang disediakan. Peserta konvoi meneruskan perjalanan sehinggalah sampai ke Tapak Perkhemahan Sungai Pauh pada jam 7.15 petang. Setibanya di sana peserta konvoi terus mendirikan khemah dan berehat sebentar untuk menghilangkan keletihan setelah memandu terlalu lama. Pada keesokannya berbagai aktiviti-aktiviti yang di jalankan di tapak perkhemahan Sungai Pauh. Aktiviti bermula pada jam 5.45 pagi dengan solat subuh berjemaah, senaman pagi dan latihan dalam kumpulan yang di ketuai oleh KIP Zainal Abidin bin dan ustaz Zainal Abidin bin Talib. Pada jam 9.30 pagi, Peserta konvoi bergerak ke gunung Brinchang dan mendaki untuk melihat keindahan flora dan fauna di sana. Pada sebelah petang pula, turut diadakan perlawanan bola persahabatan antara Peserta konvoi dengan anggota Pejabat Daerah Cameron Highlands di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands. Pada hari ke tiga peserta konvoi telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas khemah untuk bergerak pulang ke Penjara Penor mealalui perjalanan sejauh 515 km melalui jalan Pos Betow, perkampungan orang asli dan laluan balak yang mencabar mental dan fizikal pererta dan Berjaya sampai ke Penjara Penor jam 6.30 petang. | |