| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Ceramah Agama Pada 12 Februari 2009 Di Ruang Legar Klinik Dalam PPA Simpang Renggam,Johor

Program ceramah agama yang dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam bertajuk "Hidup ini tempat ujian" telah diadakan pada 12 Februari 2009 Masihi bersamaan 16 Safar 1430 Hijrah. Program tersebut bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 11.35 pagi .... Program ceramah agama yang dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam bertajuk "Hidup ini tempat ujian" telah diadakan pada 12 Februari 2009 Masihi bersamaan 16 Safar 1430 Hijrah.

Program tersebut bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 11.35 pagi bertempat di ruang Legar Klinik Dalam PPA Simpang Renggam, Johor. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ansarullah Bin Hashim dari Unit Dakwah Kementerian Dalam Negeri. Didalam ceramah yang disampaikan olehnya, beliau menyentuh mengenai sifat-sifat Umat Islam terdahulu yang menjadi kebimbangan Nabi Muhammad (s.a.w) iaitu :
  1. Terlalu banyak berseronok
  2. Terlalu bermewah-mewah
  3. Mengumpul harta terlalu banyak.
Perkara-perkara tersebut akan menghayalkan Umat Islam dan juga membawa kepada kemungkaran. Program ini juga merupakan ceramah motivasi kepada para tahanan yang beragama Islam.

Program ini merupakan kerjasama di antara Institusi PPA Simpang Renggam dengan Unit Dakwah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Unit Rundingcara Tahanan PPA Simpang Renggam merupakan pengelola utama bagi menjayakan program tersebut yang dihadiri oleh para pegawai dan anggota institusi serta seramai 217 orang tahanan yang terdiri daripada Kawasan 1 POPOC (KAMJ) dan Kawasan 2 ADB (LLPK) dan Tahanan Muda Blok Peralihan.


Orang Tahanan khusyuk mendengar ceramah agama yang
disampaikan oleh Ustaz Ansarullah

Penceramah tersenyum mendengar soalan yang diajukan
oleh salah seorang wakil Orang Tahanan
""