| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 25 Tahun 2009

Sukan adalah merupakan satu bentuk landasan yang boleh digunakan untuk memupuk dan menyuburkan perpaduan serta boleh menjana pembangunan Negara kerana dengan bersukan akan melahirkan individu yang mempunyai minda yang sihat serta fizikal yang cergas.Sukan adalah merupakan satu bentuk landasan yang boleh digunakan untuk memupuk dan menyuburkan perpaduan serta boleh menjana pembangunan Negara kerana dengan bersukan akan melahirkan individu yang mempunyai minda yang sihat serta fizikal yang cergas.

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Penjara Malaysia telah memberi kepercayaan kepada institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak untuk mengelola Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-25 Tahun 2009. Kejohanan tersebut telah berlangsung bermula pada 20 Februari 2009 sehingga 22 Februari 2009 bertempat di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia pada tahun ini telah menyaksikan seramai 104 orang pemain daripada 14 Kontinjen penjara seluruh Malaysia menyertai kejohanan yang berlangsung selama 3 hari tersebut. Antara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan pada kali ini adalah Perseorangan Terbuka, Bergu Terbuka, Bergu Veteran Terbuka, Berpasukan dan juga acara Plate.

Majlis Pembukaan Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-25 Tahun 2009 telah dirasmikan oleh PKK Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Taiping, Perak pada 20 Februari 2009.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

1. Berpasukan
Johan - Selangor A
Naib Johan - Selangor B

2. Perseorangan Terbuka
Johan - Pulau Pinang
Naib Johan - Terengganu

3. Bergu Terbuka
Johan - Selangor A
Naib Johan - Kelantan

4. Bergu Veteran Terbuka
Johan - Pahang
Naib Johan - Selangor A

5. Plate Berpasukan
Johan - Perak A
Naib Johan - Negeri Sembilan
1
2
3


Majlis Penutup yang diadakan pada 22 Februari 2009 telah disempurnakan oleh TKPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Pengarah Vokasional Dan Industri, Jabatan Penjara Malaysia. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemain-pemain yang telah menjuarai acara yang dipertandingkan.

Secara keseluruhannya, kejohanan tersebut telah berjalan dengan lancar dan berjaya hasil daripada kerjasama ahli jawatankuasa pengelola dan juga penganjur kejohanan.
""