Seramai 73 orang banduan muda yang terdiri dari (13) orang pelajar SPM, (16) orang pelajar PMR, (11) orang pelajar PRA SPM, (14) orang pelajar PRA PMR dan (19) orang pelajar 3M telah terlibat secara langsung dalam program tersebut yang turut dihadiri oleh Dr. Mohd Nor Bin Mohd Taib, Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Cik Norzah, Puan Zaleha, dan Tuan Syed Abdillah.
Antara pegawai � pegawai kanan yang hadir ialah TPP Mahadzair Bin Che Daud selaku wakil Ketua Unit Pemulihan Penjara Kluang dan KIP Razali Bin Sabtu, sebagai pegawai penyelaras serta tenaga pengajar Sekolah Integriti Penjara Kluang yang diketuai oleh En. Ali@Zainal Abidin Bin Syed Mohamed, Penyelia Sekolah Integriti Kluang. Program ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap-tahap kemahiran dan faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan seseorang murid belum menguasai asas-asas kemahiran 3M. Selain ianya juga bertujuan mencari kaedah dan cara yang sesuai untuk menarik minat para pelajar untuk belajar seperti mengenalpasti teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran di samping menyediakan suasana persekitaran yang kondusif dan selamat. Program ini telah dimulakan dengan menjalankan Ujian 3M kepada pelajar dari kelas 3M, Sekolah Integriti Penjara Kluang. Selepas itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan sesi dialog bersama guru-guru yang mengajar di Sekolah Intergriti Penjara Kluang. Dalam Sesi dialog itu juga Dr. Mohd Nor Bin Mohd Taib, Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyampaikan amanatnya. | Penerangan berkaitan Sekolah Integriti Kluang |
Sesi dialog |