| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Bulan Dakwah Bil Hal Anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Dengan Kerjasama Jabatan Penjara Penor, Kuantan Pahang

Jabatan Penjara Penor, Kuantan telah mengadakan satu pertandingan peringkat penghuni sempena �Bulan Dakwah BIL HAL� anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)Jabatan Penjara Penor, Kuantan telah mengadakan satu pertandingan peringkat penghuni sempena "Bulan Dakwah BIL HAL" anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di perkarangan surau Penjara Penor pada khamis lalu. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan sempena bulan dakwah diantaranya ialah Tilawah Al-Quran, Nasyid, Pidato dan Cerita Nabi.

Pada peringkat awal, iaitu pada 3 Feb 2009, Unit Orientasi Dan Sahsiah telah mengadakan ujian saringan bagi kategori Nasyid dan Tilawah Al-Quran di surau dalam penjara. Seramai 13 penghuni dari pelbagai unit mengambil bahagian dalam pertandingan Tilawah Al-Quran antaranya ialah unit Orientasi (2) peserta, Therapeutik Community (2) peserta, Zon II (2) peserta, Bengkel Kraf (1) peserta, Batu-Bata (1) peserta, Dapur (1) peserta, Bengkel Jahit (1) peserta dan Bengkel Tenun (1) peserta.

Manakala Nasyid menghantar 6 kumpulan yang terdiri dari unit Orientasi, Bengkel Tenun, Halaqah, Therapeutik Community, Dapur dan Zon II. Selepas saringan dibuat hanya 5 penghuni layak ke peringkat akhir bagi kategori Tilawah Al-Quran. dan Nasyid 5 kumpulan. Ujian saringan dihakimi oleh ustaz JAKIM selain dibantu beberapa anggota Unit Orientasi Dan Sahsiah yang bertugas di surau.

Bagi kategori Pidato dan Cerita Nabi, saringan dilakukan pada 4 Feb 2009, seramai 7 penghuni dari pelbagai unit mengambil bahagian dalam pertandingan Pidato manakala 6 penghuni mengambil bahagian dalam pertandingan Cerita Nabi. Selepas saringan dibuat hanya 5 penghuni bagi ketegori Pidato berjaya melepasi saringan seterusnya layak ke peringkat akhir diantanya ialah unit Orientasi 1 peserta, Bengkel Kraf 1 peserta, Therapeutik Community 1 peserta, Bengkel Tenun 1 peserta dan Halaqah 1 peserta.

Bagi kategori Cerita Nabi pula hanya 5 penghuni layak ke peringkat akhir diantaranya ialah Unit Dapur 1 peserta, Orientasi 1 peserta, Orientasi Banduan Muda 1 peserta, Therapeutik Community 1 peserta dan Halaqah 2 peserta. Seramai 78 penghuni mengambil bahagian dalam keempat-empat kategori bagi menyemarakkan bulan dakwah, selepas saringan dibuat hanya 57 penghuni layak seterusnya mara ke peringkat akhir.

Pada 5 Feb 2009 bertempat di surau dalam penjara, keempat-empat kategori mula dipertandingkan mengikut undian masing-masing. Para peserta dihakimi oleh 3 kakitangan JAIP bagi mengadili pertandingan itu yang bermula jam 9.30 pagi. Johan bagi kategori Tiwah Al-Quran dimenangi oleh unit Halaqah manakala tempat kedua Bengkel Jahit dan ketiga Orientasi.

Johan kategori Nasyid dimenangi oleh Unit Dapur, tempat kedua Orientasi dan ketiga Halaqah. Bagi kategori Pidato pula, johan dimenangi oleh unit Bengkel Jahit, kedua Halaqah dan ketiga Dapur serta kategori Cerita Nabi johan dan naib johan dimenangi oleh Halaqah dan ketiga Orientasi. Pertandingan tersebut berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Pada sebelah petang pula, satu forum Muqarrabin diadakan di perkarangan surau penghuni di mana 3 ahli panel dari JAIP dijemput memberi ceramah yang disaksikan kira-kira 190 penghuni. Sepanjang program (pertandingan dan ceramah) dilaksanakan ianya berjalan dengan lancar dan selamat di bawah kawalan KIP Mohd Rani dibantu 26 anggota dari Unit Pemulihan dan 7 anggota dari UKP.
1
Ahli-ahli Panel Forum Al Muqarabbin

2
Peserta Pertandingan Tilawah Al Quran

3
PP Abdul Rahim bin Hj Arshad memberikan Cenderahati kepada Ahli-ahli panel Forum Muqarabbin

Ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Penor, PP Abdul Rahim Bin Hj. Arshad. Kesimpulannya, pihak kakitangan JAIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Penjara khususnya Penjara Penor, Kuantan kerana "Bulan Dakwah BIL HAL" ini mampu merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan dengan penghuni penjara.

Sehubungan itu, jalinan kerjasama yang baik antara penghuni penjara dengan masyarakat luar sesungguhnya diharap dapat meningkatkan lagi keharmonian hidup bermasyarakat dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah yang sering kali menjadi barah dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni serta negara yang bertamadun.
""