Pada 1 hb Disember 2009, bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor telah berlangsung ....Pada 1 hb Disember 2009, bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2009. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim.
Pada majlis tersebut, Kumpulan KIK Perkasa dari Penjara Sungai Buloh telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Kategori Pengurusan dengan tajuk projek "PENGURUSAN BANDUAN REMAN KE MAHKAMAH TIDAK SISTEMATIK" manakala Kumpulan Suluh 3 dari Penjara Kajang dengan PROJEK "PENYEDIAAN PROFAIL BANDUAN TIDAK EFISYEN" menjadi Naib Johan Kategori Teknikal. Sebanyak 19 kumpulan telah mengambil bahagian bagi Kategori Pengurusan dan 6 Kumpulan bagi Kategori Teknikal.
TKPj Tuan Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh bersama ahli Kumpulan
PERKASA menerima cek dan sijil kemenangan sebagai Naib Johan Kategori Pengurusan dari Menteri Besar Selangor dan SUK Negeri Selangor
Ahli Kumpulan Suluh 3 menerima cek dan sijil kemenangan sebagai Naib Johan bagi
Kategori Teknikal dari Menteri Besar Selangor dan SUK Negeri Selangor
Ahli Kumpulan PERKASA dan Kumpulan SULUH 3 bergambar bersama
TKPJ Tuan Narander Singh selepas majlis.
""