Akademi Koreksional Malaysia telah mula melaksanakan MS ISO 9001 : 2008 pada 1 April 2009 dan skop persijilan adalah meliputi Pengurusan Kursus Jangka Pendek Dan Diploma Untuk Pegawai Kanan Dalam Perkhidmatan.
Pengauditan kali ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 13 Disember 2009 dan berakhir pada 14 Disember 2009. Hasil dari pengauditan yang dibuat, pihak SIRIM telah memperaku bahawa Akademi Koreksional Malaysia layak menerima Persijilan MS ISO 9001: 2008, di samping beberapa teguran dan juga pengesyoran yang perlu diambil tindakan. Penganugerahan sijil MS ISO 9001: 2008 kepada Akademi Koreksional Malaysia merupakan pencapaian yang cemerlang dalam membuktikan komitmen Akademi Koreksional Malaysia berusaha untuk mencapai visi dan misinya.
Dalam pada itu, PKK Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia mengingatkan kepada semua kakitangan AKM agar memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu dalam mematuhi setiap prosedur yang diwujudkan bagi memastikan AKM sentiasa mematuhi kehendak MS ISO 9001:2008.