Kemuncak Majlis Sambutan tersebut ialah pengurniaan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat AKM Langkawi kepada kakitangan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah menyaksikan anugerah tokoh Ma'al Hijrah bagi kategori Pengurusan telah diberikan kepada PP Adinaraina a/l Subramaniam manakala bagi kategori sokongan pula telah dianugerahkan kepada KIP Nor Asmadi bin Mohd Noor.
Serentak dengan majlis ini juga, turut diadakan pelancaran Tabung Amal Jariah Surau AKM yang juga telah disempurnakan oleh Y.S. Pengarah AKM. Majlis bersambung pada sebelah petang dengan bacaan doa akhir dan awal tahun bertempat di Surau AKM.
""