"
Peserta program sedang mengikuti ceramah yang disampaikan
Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung pelakuan jenayah dalam masyarakat kini yang semakin berleluasa dan memerlukan kesedaran daripada semua pihak dalam usaha untuk membendungnya. Penganjuran ini jelas memperlihatkan komitmen dan peranan Jabatan Penjara Malaysia sebagai agensi pemulihan kepada pesalah dapat menyumbang kepada perkongsian maklumat dikalangan para peserta dan sekaligus diharap dapat membantu mengurangkan peningkatan kadar jenayah di negara ini.
Sesi dialog bersama agensi kerajaan
Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar melawat gerai-gerai pameran dan menyampaikan cenderahati kepada agensi yang turut serta dalam program tersebut.
Majlis penutupan Program Pendidikan Pencegahan Jenayah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan turut dihadiri oleh ketua-ketua institusi penjara dan parol zon utara.
Majlis Penutupan dirasmikan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar