20 Jun 2009 - Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, Pejabat Parol Sungai Petani telah menjayakan Program Sukaneka Bersama Penduduk Desa .... |
Program ini melibatkan semua Pegawai dan anggota Pejabat Parol dan ODP daerah sungai Petani. Dalam program ini ODP telah diberi peluang untuk mengurus beberapa acara sukaneka dan dari penelitian yang dibuat mereka telah melaksanakan tugasan dengan baik. ODP dan anggota Parol juga melibatkan diri dalam acara-acara yang dipertandingkan dengan digandingkan bersama penduduk setempat. Kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk setempat dalam program ini boleh dinilai sebagai Program Parol disambut baik oleh Masyarakat.
Jabatan-Jabatan kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Keselamatan JalanRaya turut serta dalam menjayakan Pameran. Sekalung Penghargaan juga kepada Pengarah Penjara Pokok Sena yang telah sudi menghantar sebuah Bas Pameran bagi memeriahkan lagi program ini.
Majlis pembukaan disempurnakan oleh Penghulu Bedong manakala Majlis Penutupan disempurnakan oleh Pegawai Parol Daerah Sungai Petani. Sekalung Penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada Pengarah Parol Negeri Kedah di atas kelulusan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan Program ini.