Sabtu, 8 Ogos 2009 - Seramai 9 orang pegawai Kedutaan Republik Indonesia ( KBRI ) dari Kuala Lumpur telah hadir ke Penjara Kluang, Johor untuk bertemu .... |
Wakil dari KBRI iaitu Bapak Widyarka Ryananta (Minister Counsellor Pensosbud) menyampaikan taklimatnya serta menyerahkan bingkisan kepada pihak pengurusan penjara berupa perlengkapan solat untuk para tahanan. Seterusnya, para pegawai kedutaan tersebut diberi peluang untuk beramah � mesra dengan seramai 100 orang perwakilan tahanan warganegara Indonesia. Majlis diakhiri dengan semua pegawai dan juga tahanan menikmati hidangan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak penjara.