Ibu Pejabat Penjara Sabah yang telah melaksanakan Amalan 5S sejak Disember 2008 dan telah mengadakan majlis pelancarannya pada .... |
Ibu Pejabat Penjara Sabah yang telah melaksanakan Amalan 5S sejak Disember 2008 dan telah mengadakan majlis pelancarannya pada 6 April 2009 lalu telah dibuat Audit Persijilan oleh Encik Ismail bin Mohd Nor daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2009 bagi tujuan persijilan. Sebelum itu, pada 15 Julai 2009, Ibu Pejabat Penjara Sabah juga telah menerima kunjungan pegawai audit daripada MPC Sabah iaitu Encik Rosli Bin Muda bagi tujuan pra-audit Amalan 5S.
Aturcara pada pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Penjara Sabah dan disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKK Mohd Sabri bin Yaacob yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Ibu Pejabat Penjara Sabah. Sesi taklimat turut dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Ahli Jawatankuasa Kecil. Encik Ismail turut memberi penerangan tentang bentuk dan skop auditan yang akan dibuat iaitu meliputi Audit Dokumentasi dan �Life Audit� iaitu audit ke atas keseluruhan bangunan Ibu Pejabat Penjara Sabah dan kawasan persekitaran keseluruhannya.
Sesi Audit Dokumentasi dimulakan ke atas fail-fail jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa kecil unit. Terdapat 11 buah fail yang telah diaudit iaitu Fail Induk (fail setiausaha), 6 buah Fail Zon dan 4 buah fail Jawatan Kuasa Kecil iaitu Unit Latihan, Promosi, Audit dan Pengekalan. Kemudiannya Encik Ismail dengan diiringi oleh Yang Setia Pengarah Penjara Negeri Sabah dan semua ahli jawatankuasa pemandu serta jawatankuasa kecil unit telah melakukan �life audit� ke atas semua unit-unit serta tempat-tempat umum dan persekitaran kawasan Ibu Pejabat Penjara Sabah yang meliputi 6 zon.
Tepat jam 12.20 tengah hari, semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Penjara telah berkumpul di bilik mesyuarat bagi mendengar ulasan serta rumusan yang telah dibuat oleh Encik Ismail. Ulasan yang diberi berdasarkan audit dan pemerhatian. Encik Ismail menyatakan pada keseluruhannya pelaksanaan Amalan 5S di Ibu Pejabat Penjara Sabah adalah baik dan cemerlang dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan samada dari segi dokumentasi dan pelaksanaannya.
Dan pada akhir ulasannya, segala pengorbanan dari segi masa dan tenaga serta komitmen semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Penjara Sabah selama sejak lapan bulan yang lalu telah membuahkan hasil apabila Encik Ismail mengumumkan Ibu Pejabat Penjara Sabah telah layak untuk memperolehi Sijil Amalan 5S Tanpa Syarat dengan peratusan markah sebanyak 85 � 88%.
Sebagai penutup, Encik Ismail bin Mohd Nor telah menyerahkan Keputusan Persijilan Amalan 5S kepada Yang Setia Pengarah Penjara Negeri Sabah sementara menunggu Penjanaan Sijil Amalan 5S daripada MPC. ""