| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Lembaga Kompetensi Jabatan Siri 1/2009

Pada 6.8.2009 Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia telah bermesyuarat bagi memperakukan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ....Pada 6.8.2009 Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia telah bermesyuarat bagi memperakukan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Penjara Malaysia siri 1/2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato� Hj. Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara dan turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Dalam Negeri. Penilaian Tahap Kecekapan siri 1/2009 ini melibatkan seramai 4,761 calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga. Pada keseluruhannya terdapat peningkatan bagi calon yang mendapat kelulusan pada Aras Tahap Kecekapan III dan Aras IV.

Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara mengingatkan kepada semua anggota agar membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan. Persediaan yang mencukupi akan dapat melonjakkan lagi peratusan anggota yang lulus dalam peperiksaan yang diduduki. Hasil daripada mesyuarat tersebut keputusan telah diperakukan oleh pihak lembaga dan para calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga akan dapat melihat keputusan masing-masing melalui web jabatan mulai hari Jumaat 14.8.2009. Calon-calon yang mendapat aras I dan II sahaja dikehendaki mengemukakan borang permohonan bagi menduduki peperiksaan dalam tempoh peralihan iaitu Ogos- Disember 2009 dengan berpandukan jadual yang telah diedarkan. Jadual juga boleh dilayari melalui web Jabatan.

STATISTIK KEPUTUSAN PTK SIRI 1/2009

""