| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Festival Cipta Lagu Patriotik 2009 (CIPTA)

"Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa" menjadi tema pilihan sambutan bulan patriotik kemerdekaan ke 52 negara pada program usahasama antara ...."Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa" menjadi tema pilihan sambutan bulan patriotik kemerdekaan ke 52 negara pada program usahasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan RTM. Buat kali ke duanya konsep penganjuran ini masih mengekalkan penghuni penjara sebagai ikon patriotik yang dipilih bagi mewarnai festival tersebut. Keunikan festival ini ialah gabungan kerja yang melibatkan penghuni sebagai pencipta melodi manakala lirik lagu pula ditulis oleh pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil gabungan kerja tersebut telah melahirkan beberapa genre lagu yang telah dinyanyikan oleh barisan artis popular tanah air dan diiringi oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Lagu Semangat Anak Bangsa berentak pop rock ciptaan Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly penghuni dari Sekolah Integriti Penjara Kajang, lirik oleh Aizatul Ain Ismail yang dinyanyikan oleh artis Roy telah menjadi johan manakala di tempat ke dua lagu berentak pop rock berjudul Satu Malaysia nyanyian Zarina AF, komposer Shariayati Selamat penghuni dari Penjara Wanita Kajang lirik oleh Nur Fatimah Zaharah Ahmad. Lagu berjudul Cinta Malaysia ciptaan Che Mohd Safary Che Mustafa penghuni Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, lirik ditulis oleh Afiq Naqiuddin Abd Malek dan didendangkan oleh Noraniza Idris telah mendapat tempat ke tiga.
Pengisian lain program festival CIPTA 2009 ini turut mempamerkan beberapa hasil seni karya penghuni dan pelajar iaitu lukisan potret dan peristiwa kemerdekaan di ruang lobi auditorium. Johan bagi kategori penghuni dimenangi oleh Penjara Tapah, ke dua dari Penjara Seremban dan tempat ke tiga Penjara Alor Star. Pengisian majlis turut diserikan dengan persembahan sketsa muzikal "Berlari Ke arah 1 Wilayah Malaysia" yang dipersembahkan oleh Kumpulan Teater TEPAK dari Penjara Kajang.
Majlis telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada 8 Ogos 2009 , jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Seluruh ruang auditorium dipenuhi dengan penonton yang dapat memuatkan seramai 650 orang. Tetamu kenamaan yang hadir pada malam tersebut adalah Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg.Dato' Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg.Prof. Dato' Dr.Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti sains Islam Malaysia.


""