| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Galeri Penjara Taiping

Majlis Perasmian Galeri Penjara Taiping telah berlangsung pada hari (Selasa)11 Ogos 2009, disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara ... Majlis Perasmian Galeri Penjara Taiping telah berlangsung pada hari (Selasa ) 11 Ogos 2009, disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara Y.Bhg Dato' Hj Zulkifli Bin Omar , Ketua Pengarah Penjara Malaysia . Majlis bermula tepat jam 9.30 pagi dengan ketibaan Y.Bhg Dato' mengambil Tabik Hormat dari kakitangan Unit Latihan Penjara Taiping.

Dalam ucapan perasmiannya Y.Bhg Dato' menyeru semua kakitangan memainkan peranan yang penting meningkatkan hasil jualan produk buatan penghuni penjara. Kejayaan memasarkan produk tersebut mengambarkan keberkesanan proses pemulihan penghuni penjara. Ini secara langsung akan meningkatkan imej jabatan.

Turut hadir dalam majlis ini , TKPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengarah Vokasional dan Industri Jabatan Penjara Malaysia, Ketua-ketua Institusi Zon Utara, Ketua-ketua Jabatan Larut matang dan Selama, pesara-pesara dan wakil-wakil media.

Selepas selesai majlis perasmian Y.Bhg Dato' telah menyampaikan amanat serta nasihat kepada kira-kira 200 kakitangan di Kelab Pegawai Penjara Taiping. Sesungguhnya majlis ini telah dapat menyemai kemesraan di antara seorang Pemimpin (ketua) dengan kakitangan institusi ini.

Majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari kakitangan bersama Y. Bhg Dato'.

""