Program ini telah melibatkan seramai ( 80 ) orang penghuni warganegara Thailand termasuk (14) banduanita warganegara Thailand. Para penghuni telah diberikan sumbangan berbentuk makanan sebagai tanda ingatan dan rasa kasih sayang daripada Permasuri Siri Kit kepada rakyatnya yang di tahan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
OBJEKTIF
- Menyuburkan hubungan, rasa kasih sayang dan tanggungjawab antara Institusi Di Raja Thailand terhadap rakyatnya.
- Mewujudkan nilai-nilai positif kepada rakyatnya untuk meneruskan perjuangan hidup di masa yang akan datang.
- Memberi kesedaran kepada rakyatnya agar dapat membantu penghuni mempunyai moral motivasi diri yang tinggi dalam menjalani kehidupan.
Kehadiran ahli lawatan dari Konsul Besar Jeneral Thailand disambut oleh PP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bersama TPP Wan Sani bin Ab. Latiff dan Pegawai Kanan Penjara. Upacara penyampaian sumbangan makanan kepada penghuni warganegara Thai telah disempurnakan oleh Konsul Besar Jeneral Thai Mr. Surapon Petch - Vra, Timbalan Konsul Besar Jeneral Thai I , Mr Niran Boonjit dan Timbalan Konsul Besar Jeneral Thai II, Mr. Thawatchai Rittagom wakil daripada Institusi Di Raja Thailand.
Pada keseluruhannya majlis ini telah memberi kesan mendalam kepada penghuni. Ianya patut diteruskan ditahun-tahun yang akan datang.