| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Rekacipta Cenderamata Anjuran Bahagian Vokasional Dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Bahagian Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menganjurkan pertandingan rekacipta produk cenderamata bagi seluruh institusi .... Bahagian Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menganjurkan pertandingan rekacipta produk cenderamata bagi seluruh institusi penjara Malaysia. Pertandingan yang dianjurkan bertujuan melahirkan ciptaan produk terbaru yang berkonsepkankan Malaysia dan sesuai dijadikan cenderamata. Sebanyak 20 institusi penjara telah mengambil bahagian dengan menghantar sebanyak 49 rekacipta yang menarik dan berpontensi untuk dikomersilkan.
Penghakiman telah diadakan pada 29 Julai 2009 oleh 3 orang juri luar iaitu kakitangan dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Institut Kraftangan Negara. Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Penjara Tawau ( Replika Gong )
Tempat Kedua : Penjara Simpang Rengam ( Kotak Rehal Al Quran )
Tempat Ketiga : Penjara Sibu ( Replika Sape' )

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 18 Ogos 2009 di Hotel Concord Shah Alam, bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 2/2009.
Adalah diharapkan dengan pertandingan yang telah dijalankan ini akan dapat menggalakkan lebih banyak lagi hasil ciptaan produk baru yang bermutu di samping melahirkan masyarakat yang menghargai produk ciptaan tempatan.



""