Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil. 2/2009 telah diadakan pada 17 - 20 Ogos 2009 di Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor. YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop telah merasmikan mesyuarat tersebut serta menyampaikan amanat kepada Ketua-Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia. imagesAcara pemakaian pangkat KJP kepada Y. Bhg. Dato' Zulkifli bin Hj Omar dan pangkat KPj kepada Y. Bhg. Dato' Hj Hassan bin Sakimon telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop.imagesSelepas itu, seramai 47 orang Ketua Institusi telah menerima Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Pingat Setia Penjara (PSP), Pingat Cemerlang Penjara (PCP), Pingat Pekerti Penjara (PPP) dan Pingat Bakti Penjara (PBP) pada majlis tersebut yang juga telah disampaikan oleh YB Timbalan Menteri. imagesYB Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop juga telah menyampaikan sijil dan cenderamata kepada 3 (tiga) pemenang Pertandingan Rekacipta Produk Penjara yang telah disertai oleh 20 buah Institusi Penjara seluruh Malaysia. Satu sidang akhbar telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri selepas Majlis Perasmian mesyuarat tersebut. Sidang akhbar tersebut telah dihadiri oleh Bernama, Sinar Harian dan Utusan Malaysia.imagesMesyuarat Ketua-Ketua Institusi ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan dengan mengenalpasti isu/cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan dan mencari jalan penyelesaian serta meningkatkan pengetahuan pegawai pengurusan berkaitan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan.
|