| Pada 1.4.2009 bertempat di Surau Al-Huda Taman Gemilang, Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, satu Majlis Cukur Rambut Dan Penyerahan Taklif telah diadakan. |
Majlis telah dimulakan dengan solat magrib berjamaah dan diikuti dengan majlis bercukur rambut. seramai dua orang bayi diiringi bacaan selawat dan berzanji. Pengumuman nama bayi sejurus selepas bercukur. Majlis Penyerahan Taklif telah diadakan selepas majlis bercukur. dengan penglibatan seramai 12 orang kanak-kanak berumur 10 sehingga 13 tahun. Dalam majlis ini, kanak-kanak tersebut akan duduk berhadapan dengan kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa akan membacakan taklif sebagai penyerahan tanggungjawab dan pesanan kepada anak mereka. Selepas itu, anak-anak pula membacakan taklif menerima tanggungjawab yang diserahkan oleh ibu bapa. Dalam majlis tersebut dilihat beberapa peserta berlinangan air mata dan menyentuh perasaan menandakan jalinan ikatan kasih sayang antara anak dengan ibu bapa begitu erat. |