| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kecergasan Unit Kawalan Dan Pencegahan Penjara Penor Kuantan

Pada 3 April lalu anggota-anggota Unit Keselamatan dan Pencegahan penjara Penor telah mengikuti kursus intensif memperkasakan diri bertujuan untuk menyediakan anggota unit ....

Pada 3 April lalu anggota-anggota Unit Keselamatan dan Pencegahan penjara Penor telah mengikuti kursus intensif memperkasakan diri bertujuan untuk menyediakan anggota unit berkenaan sentiasa cergas dan siap sedia berdepan dengan cabaran dan situasi yang tidak dijangka dalam membentu operasi institusi penjara. Kursus selama tiga hari dua malam ini bertempat di satu kawasan yang terkenal dengan perlombongan bijih timah satu ketika dulu yang dipanggil Sungai Lembing.

Seramai 35 anggota unit UKP, 5 jurulatih dari unit Latihan, 1 penceramah jemputan dan 8 ahli jawatankuasa kecil telah terlibat di dalam kursus ini. Semua yang terlibat di dalam kursus ini telah menginap di satu lokasi iaitu Tapis Resort yang merupakan satu-satunya tempat yang lengkap untuk membuat sesuatu program dan kemudahan asas.

Lebih kurang pada pukul 5.15 petang,para peserta telah bertolak dari Tapis Resort menuju ke tempat aktiviti pertama di satu kawasan perkelahan yang berbatu sungai dan berpasir di tepi sungai iaitu Sungai Lembing yang di panggil Pasir Kubur. Aktiviti pertama adalah “water confident�?. Aktiviti ini adalah bertujuan supaya peserta dapat menggunakan anggota badan apabila berada di dalam air yang agak dalam. Semua peserta telah dibekalkan denga jaket keselamatan. Para peserta juga telah di ajar mengapungkan diri menggunakan jaket keselamatan dan tidak panik apabila berlaku kejadian yang tidak diingini apabila berada di dalam air.

Hari kedua aktiviti bermula seawal 6.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di padang bola sepak Sungai Lembing. Ujian ini adalah untuk memastikan tahap kecergasan anggota UKP sentiasa berada pada tahap yang baik. Sebelum itu peserta telah memanaskan badan dengan melakukan kawad kaki dan jurus kosong SENTAP yang di ambil oleh jurulatih dari unit Latihan. Ujian ini berakhir lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

Seterusnya peserta telah diarahkan untuk menjalankan aktiviti "wonderpets" yang lebih mencabar iaitu mendaki Bukit Panorama yang terkenal di Sungai Lembing. Para peserta diberi masa selama 45 minit untuk sampai ke atas bukit tersebut dan 30 minit bagi pejalanan turun.

Pada sebelah petang lebih kurang pukul 2.30 petang,peserta sekali lagi pergi ke Pasir Kubur untuk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Aktiviti ini adalah berkayak menyusur sungai sejauh 7 km dan berpatah balik menentang arus ke tempat bermula tadi. Acara pada petang itu berakhir dengan mengapungkan diri mengikut arus sungai sejauh 7 km menggunakan jaket keselamatan. Aktiviti ini di pantau oleh jurulatih dan AJK yang pakar dalam bidang ini.

Pada pagi terakhir, para peserta telah dibawa berlari anak dan berjalan di beberapa kawasan di Sungai Lembing sambil melihat pelbagai tarikan dan bekas-bekas tinggalan perlombongan. Selepas itu peserta telah bersama-sama membersihkan kawasan Tapis Resort dan memuatkan segala barang yang di gunakan kedalam kenderaan yang telah sedia menanti.Di samping itu juga peserta juga menyiapkan tempat bagi majlis penyampaian sijil,hadiah dan penutupan kursus.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Penolong Komisioner Penjara Jamil Razif Bin Kassim yang juga Pengarah Penjara Penor telah hadir di Tapis Resort bagi melaksanakan majlis penyampaian sijil,hadiah dan penutupan kursus. Hadiah telah disampaikan oleh PKP Jamil Razif Bin Kassim kepada tiga peserta terbaik UKJK dan satu kumpulan terbaik bagi menaikkan semangat peserta. Beliau juga telah memberi sepatah dua kata tentang pentingnya anggota-anggota yang sentiasa cergas dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau juga telah menegur dan memberikan kata-kata semangat bagi meningkatkan motivasi peserta.

Keseluruhannya kursus ini telah berjalan dengan jayanya walaupun ada segelingtir peserta yang agak tertekan dan melakukan aktiviti tidak mengikut kehendak sebenar sesuatu program.

 

""