14 April 2009 - Program Ceramah kerjaya bagi penghuni Penjara Pengkalan Chepa dengan kerjasama Syarikat Security Services Sdn Bhd yang .... |
Seramai 162 penghuni yang dalam peringkat saringan Parol telah dipilih untuk mengikuti program ini, iaitu 150 penghuni lelaki dan 12 penghuni perempuandaan telah diadakan di Dewan Serbaguna Penghuni Blok Bestari,Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Program kerjaya ini juga telah menaikan semangat penghuni untuk mencari peluang kerjaya apabila dibebaskan kelak dan sebagai persediaan untuk menjalani kehidupan yang terjamin bersama masyarakat .
Unit Pemulihan dan Parol Institusi telah dipertanggungjawabkan untuk mencari peluang kerjaya kepada penghuni supaya ia tidak menjadi terasingan dan mengangur apabila berada di luar dari tembok penjara, ia juga dapat mengelakan penghuni daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat kerana ketiadaan pekerjaan.
Program ini juga adalah salah satu daripada modul dalam Pelan Pembangunan Insan iaitu melahirkan keyakinan pada diri penghuni apabila berhadapan dengan masyarakat luar supaya masyarakat menerima mereka dan mempercayai mereka.