Ahad, 12 April 2009 - Sekolah Tadika KEMAS, Penjara Pusat Miri telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Loji Rawatan Air LAKU, Lambir, Miri. Program tersebut....
Ahad, 12 April 2009 – Sekolah Tadika KEMAS, Penjara Pusat Miri telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Loji Rawatan Air LAKU, Lambir, Miri. Program tersebut bermula jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam lebih kurang 11.30 pagi. Seramai lebih kurang 70 orang iaitu termasuk pelajar dan keluarga. Sebilangan besar pelajar di sekolah tadika tersebut merupakan anak kakitangan Penjara Pusat Miri dan sebahagiannya anak – anak penduduk di sekitar Kampung Lambir, Miri. Program Lawatan Sambil Belajar Ke Loji Rawatan Air LAKU, Lambir, Miri tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan keluarga berkenaan dengan pemprosesan sumber air yang digunakan oleh penduduk sekitar Bandaraya Miri setiap hari. Ia juga bertujuan memberikan semangat untuk menghargai sumber air dan mengelakkan pembaziran sumber air dalam kegunaan seharian.