| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008

Jabatan Penjara Malaysia telah menerima delegasi lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 pada 5 September 2008. Delegasi diketuai oleh Y.Brs. En Ab. Rahim bin Md. Noor Timbalan Ketua Pengarah MAMPU. 5 September 2008 - Jabatan Penjara Malaysia telah menerima delegasi lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008. Delegasi diketuai oleh Y.Brs. En Ab. Rahim bin Md. Noor Timbalan Ketua Pengarah MAMPU. Antara Panel yang hadir adalah Y.Bhg. Datuk Ab.Khalil bin Ab. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Y.Bhg. Datuk Zalekha binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tuan Hj. Md. Nor Hashim, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Y.Bhg. Datuk Dr. Abdul Shukor bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah MARDI, Y.Bhg. Dato' Azizah binti Hj. Arshad, Timbalan Ketua Audit Negara, Mr. Wee Beng Ee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPN, Y.Brs. Dr. Chua Hong Teck, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Y.Bhg. Dato' Haji Zakaria bin Ahmad dan Y.Bhg. Dato' Kaswuri bin Keman. Kedatangan Delegasi disambut oleh Y.Bhg. Dato' Komisioner Penjara (Operasi).

Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Komisioner Jeneral Penjara , dalam ucapan aluan beliau merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Panel yang hadir khususnya kepada pihak MAMPU yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Jabatan Penjara sehingga tersenarai dalam lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun ini. Taklimat seterusnya disampaikan oleh YS. Komisioner Penjara (Pengurusan) menyentuh aspek-aspek kejayaan Jabatan dalam pengurusan kualiti.

Pelbagai aturcara disajikan kepada ahli panel antaranya ialah pameran, semakan dokumen kualiti, pertunjukkan oleh Trup Tindakan Cepat, Unit Kawalan dan Pencegahan, lawatan ke Penjara Kajang dan lawatan ke Penjara Wanita. Dalam sesi maklumbalas yang diadakan selepas lawatan selesai ketua delegasi merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Penjara kerana telah mengatur sesi lawatan panel penilai dengan baik.

1 2
3 Taklimat oleh Komisioner Penjara (Pengurusan)
Taklimat Disampaikan Oleh Komisioner Penjara (Pengurusan)


Klik sini untuk berita bergambar sepenuhnya (19 keping gambar)

""