| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Tahlil, Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Jabatan Penjara Malaysia 2008

Isnin, 8 September 2008 - Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Terawih bertempat di Perkarangan Masjid Kompleks Penjara Malaysia. Kehadiran majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.B. Datuk Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar dan Datin Seri, Y. Bhg. Tan Sri Abd. Aziz Abd. Bin Mohd Yusoff dan Puan Sri, Ketua-ketua Jabatan di bawah KDN, tetamu- tetamu dari kementerian serta ahli-ahli kariah Masjid Kompleks Penjara Kajang. Turut hadir sama adalah Prof. Tan Sri Anuwar bin Ali, Naib Canselor OUM bersama kakitangan OUM.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, dan diikuti dengan majlis berbuka puasa. Selepas menunaikan sembahyang maghrib, semua tetamu dijemput ke majlis makan berorientasikan menu masakan kampung dengan gulai kawah, nangka masak lemak, ikan keli goreng bercili serta sambal belacan dengan ulam-ulaman.

Di dalam masjlis yang sama juga, seramai 8 orang penghuni bawah kategori TLS dan 4 penghuni pra-bebas yang terpilih telah berpeluang untuk berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Salah seorang dari tahanan TLS ini telah didaftarkan sebagai pelajar OUM bagi mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Selain dari itu, Y.B. Datuk Seri Syed Hamid dan Datin Seri telah menyampaiakan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kalangan kakitangan JPM serta juga kepada anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah.

Ketibaan YB Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datin Seri Majlis tahlil
Ketibaan YB Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datin Seri Majlis tahlil
 
KP Wan Mohammad Nazarie bersama tetamu yang turut hadir Antara kakitangan JPM yang turut hadir bersama di dalam majlis  berbuka puasa
KP Wan Mohammad Nazarie bersama tetamu yang turut hadir. Antara kakitangan JPM yang turut hadir bersama di dalam majlis berbuka puasa.
 
Sumbangan kepada penghuni-penghuni Rumah Nur Hikmah Prof. Tan Sri Anuwar Ali  menyerahkan surat tawaran belajar penghuni TLS kepada YB Menteri untuk diserahkan kepada Y. Bhg. Datuk Mustafa Osman
Sumbangan kepada penghuni-penghuni Rumah Nur Hikmah Prof. Tan Sri Anuwar Ali menyerahkan surat tawaran belajar penghuni TLS kepada YB Menteri untuk diserahkan kepada Y. Bhg. Datuk Mustafa Osman
""