| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Penjara Pusat Miri 2008

Khamis, 11 September 2008 - Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni yang melibat seramai 50 orang banduan beragama islam, bermula jam 5.30 petang dan berakhir jam 8.30 malam.

Majlis tersebut diadakan bagi memberikan kesedaran terhadap penghuni penjara supaya menjalani ibadah puasa dan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan dengan sempurna. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, tazkirah, ucapan pengarah, solat maghrib berjemaah, jamuan berbuka puasa, solat isyak berjemaah, solat sunat terawih berjemaah dan selepas itu jamuan moreh.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Penjara Pusat Miri telah disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu Penguasa Penjara Bismillah Bin Abang Masra bersama kakitangan Penjara Pusat Miri.


Ketibaan PP Bismillah Bin Abang Masra diiringioleh TPP Hamid Bin Taha serta pegawai kanan.

Bacaan Tahlil dan Tazkirah diadakan
kakitangan bersama penghuni.

Jamuan Berbuka Puasa

Jamuan moreh diadakan selepas solat sunat
terawih berjemaah
Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih Berjemaah.
""