Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dari Penjara Simpang Renggam iaitu TKPj Jamaluddin Bin Saat bersama pegawai - pegawainya, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru serta anggotanya dan juga Pengarah PPA Muar bersama pegawai - pegawainya.
Majlis dimulakan dengan mengadakan majlis tahlil ringkas yang diketuai oleh Uztaz Azhar. Hidangan nasi serai gulai kawah telah disajikan untuk majlis berbuka puasa tersebut dan disediakan secara bergotong - royong oleh kakitangan Penjara Kluang yang di ketuai oleh Sjn Mohamad bin Ibrahim dan isteri. Majlis berakhir sekitar jam 2200 setelah selesai menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Masjid Al - Muhaimin Kompleks Penjara Kluang.
Majlis Tahlil Ringkas Yang Di Ketuai Ustaz Azhar |
Para Tetamu - Tetamu Jemputan Sedang Menikmati Juadah Berbuka Puasa |
Staf dan tetamu yang hadir |