Kehadiran majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran PP Bismillah bin Abg Masra, Pengarah Penjara Pusat Miri dan PP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Parol Negeri Sarawak.Majlis dimulakan dengan berbuka puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak dengan jemputan khas dan seluruh warga kakitangan dan keluarga Jabatan Penjara Malaysia Limbang. Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, majlis dihidangkan dengan jamuan makan malam dan seterusnya lagi menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Majlis ini diakhiri dengan hidangan jamuan minum malam.
Ketibaan Jemputan terdiri daripada PP Husin bin Hj Johari (Pengarah Parol Negeri Sarawak) dan PP Bismillah bin Abg Masra (Pengarah Penjara Pusat Miri) |
Ketibaan PKK Hj. Mohd Zawawi bin Ab. Rahim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak |
Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia Limbang dan keluarga menikmati juadah berbuka puasa |
Para kakitangan dan keluarga sedang menjamu selera hidangan makan malam |