| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Penjara Pusat Miri Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Khamis, 18 September 2008 – Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Hj. Mohd Zawawi Bin Ab. Rahim di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh kakitangan Penjara Pusat Miri serta kakitangan yang bukan beragama islam bersama keluarga.

Beberapa tetamu jemputan iaitu Pengurus Bank Rakyat Cawangan Miri, Pengurus Hakiki Service Centre, Imam Masjid Darul Hana serta beberapa penduduk Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir turut hadir bersama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak.

Majlis bermula jam 0600 petang, dengan Bacaan Tahlil, Jamuan Ringgan Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih berjemaah. Majlis diakhiri dengan Jamuan Moreh dan penyampaian cenderahati kepada para jemputan yang hadir.

Ketibaan PKK Hj. Mohd Zawawi Bin Ab. Rahim diiringi oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Bismillah Bin Abang Masra serta pegawai kanan.   Majlis Bacaan Tahlil diketuai oleh Imam Masjid Darul Hana
Ketibaan PKK Hj. Mohd Zawawi Bin Ab. Rahim diiringi oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Bismillah Bin Abang Masra serta pegawai kanan. Majlis Bacaan Tahlil diketuai oleh Imam Masjid Darul Hana
Kakitangan serta keluarga sedang menjamu selera Sembahyang Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah.
Kakitangan serta keluarga sedang menjamu selera Sembahyang Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah.

""