Majlis Pembayaran Zakat Fitrah Penghuni Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan tahun 1429 H telah diadakan pada 18 September 2008 di Surau Penghuni, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi.
Majlis dirasmikan oleh Yang Setia Tuan Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara, Tuan Wan Sani bin Ab. Latiff dan Tuan Mohd Sabri bin Md. Arshad, Pegawai-Pegawai Kanan dan juga wakil media cetak dari Sinar Harian, Berita Harian dan Bernama.
Program ini melibatkan seramai 121 orang banduan. Banduan telah menyampaikan bayaran zakat fitrah kepada amil yang bertugas di institusi ini. Bayaran yang disampaikan oleh penghuni adalah hasil dari wang gaji akaun Amanah penghuni sepanjang mereka bekerja di bengkel-bengkel perusahaan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pada keseluruhannya Majlis Penyampaian Zakat Fitrah Penghuni ini telah memberi kesedaran, semangat serta kesan mendalam kepada penghuni serta keluarga. Program ini juga melengkapkan Plan Pembangunan Insan yang dijalankan di institusi ini. Program ini patut diteruskan di tahun-tahun yang akan datang.
Objektif Program
| |
Penghuni Menyerahkan Pembayaran Zakat Fitrah Kepada Amil |