Satu Majlis Berbuka Puasa Pegawai dan Kakitangan serta ahli keluarga Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan pada 14 September 2008 di Surau Bilal Ibnu Rabah, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang.
Objektif:
- Merapatkan hubungan silaturrahim antara pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
- Memberi kesedaran kepada semua kakitangan penjara mengenai pentingnya kerjasama dan semangat bekerja dalam satu pasukan.
- Memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan penjara untuk sama-sama mengerjakan ibadat dalam bulan Ramadan.
Pada keseluruhannya, Majlis Berbuka Puasa Pegawai dan Kakitangan serta ahli keluarga Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan ini telah memberi kesan mendalam kepada semua kakitangan. Program ini patut diteruskan di tahun-tahun yang akan datang.
|
| |
Pegawai-Pegawai Kanan Dan Kakitangan Yang Hadir Ke Majlis | Ahli Keluarga Kakitangan Yang Hadir Memeriahkan Majlis |