Pada 23 September 2008 institusi ini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Penjara Taiping. Majlis bermula seawall jam 4.20 petang di mana bacaan Tahlil telah diadakan di Surau Nurul Hidayah dalam Penjara. Selepas itu telah diadakan Ceramah Ehya Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Azlan bin Asjuri dari Baitulmal Ipoh. Seramai 249 orang banduan telah terlibat dengan majlis ini yang mana 40 orang dari banduan tersebut adalah peserta Tadarus Al-Quran.
Antara jemputan lain yang hadir adalah Penderma-Penderma, bekas-bekas Pegawai Penjara yang telah bersara, hakim-hakim Pelawat dan juga Pegawai Kanan Penjara Zon Utara.
Seterusnya kira-kira jam 6.40 petang telah diadakan majlis penyerahan wang Zakat Fitrah banduan kepada Pegawai Jabatan Agama Taiping. ADUN Kamunting Y.B. Mohammad Zahir bin Dato’ Khalid. telah menyampaikan Replika Cek kutipan zakat tersebut berjumlah RM 2723.00 kepada Ustaz Hj Hasbullah bin Abd Majid, Pegawai Zakat dari Pejabat Agama Daerah Taiping.
Selepas selesai majlis para jemputan dan Pegawai Penjara telah dibawa untuk berbuka puasa tepat jam 7.14 petang. Selepas berbuka puasa para jemputan dan semua kakitangan bersembahyang maghrib berjemaah bersama banduan di Surau Nurul Hidayah.
Majlis berakhir selepas sembahyang maghrib dan semua para tetamu bersurai kira-kira jam 8.15 malam.
|
|
Para tetamu dan penghuni berkumpul | Ustaz Hasbullah menunjukkan Replika |