| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al-Quran Penghuni Penjara Banda Hilir, Melaka

Unit Pemulihan Penjara Banda Hilir, Melaka telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran pada 23 September 2008. Seramai 17 orang banduan telah terlibat di dalam program tersebut.

Selain daripada menyemarakkan bulan Ramadhan A-Mubarak program ini juga bertujuan untuk melatih banduan agar lebih mendekati dan memahami Al-Quran.

Majlis penutupan tersebut disempurnakan oleh Tn Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Banda Hilir, Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, Ustaz Lokman Jamil bin Abidin dan Penyelaras Guru Halaqah Jabatan Agama Islam Melaka iaitu Tn Hj Isa bin Abdullah.

Ustaz Lokman Jamil bin Abidin juga berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada penghuni yang telah Khatam Al-Quran. Majlis diakhiri dengan Majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah.

1 2
Khatam Al-Quran Penghuni Banda Hilir Seramai 17 orang banduan yang telah Khatam Al-Quran
""