| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Semangat Merdeka (BTN) Di SHG Melaka

Biro Tata Negara (BTN) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Semangat Merdeka pada 14 Oktober 2008 di Sekolah Henry Gurney Melaka.
Program ini yang turut di adakan di seluruh pelusuk negara, berobjektifkan untuk melahirkan kesedaran dalam diri rakyat Malaysia tentang pengorbanan generasi terdahulu dalam usaha memerdekakan Negara dan memupuk,mengekal dan menyemarakkan semangat kemerdekaan di hati sanubari segenap lapisan masyarakat.
Pengisian program ini ialah penayangan filem yang bertajuk Semangat Merdeka. Filem yang berlatarbelakangkan sekitar tahun 1957 memfokuskan kepada Tuanku Abdul Rahman pengasas kepada kejayaan Parti Perikatan yang menjadikan beliau Perdana Menteri pertama Malaya serta Datuk Onn Jaafar pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang melayu menentang Malaya Union yang di cadangkan oleh British.
""