20 Oktober, 2008 (Isnin) - Penjara Kluang telah memulakan program sambutan Hari Penjara 2008 pada 20 Oktober 2008 dengan mengadakan perbarisan di Padang Kawat bermula jam 0745 hrs. Perbarisan disempurnakan oleh Pengarah Penjara Kluang PKK Roslan Bin Haji Mohamed dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kualiti Teras Kejayaan serta Bakti Setia oleh kumpulan koir Penjara Kluang.
Seterusnya Pengarah Penjara Kluang membacakan perutusan khas dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Komisioner Jeneral Penjara bersempena sambutan Hari Penjara peringkat jabatan yang telah diadakan di Penjara Marang pada 18 Oktober 2008. PKK Roslan juga berkenan untuk menyampaikan pingat, sijil, riben kelakuan baik serta pemakaian pangkat kepada anggota dan pegawai yang berkenaan. Seramai 3 Inspektor telah dinaikan pangkat ke Ketua Inspektor, 3 Inspektor telah disahkan dalam perkhidmatan, 6 anggota serta pegawai menerima Pingat Perkhidmatan Am, 9 anggota serta pegawai menerima Pingat Perkhidmatan Setia, 2 anggota serta pegawai menerima Pingat Setia Penjara, 3 anggota menerima Pingat Pekerti Penjara, 2 anggota menerima Sijil Kepujian Lencana Hijau, 19 anggota serta pegawai menerima Riben Kelakuan Baik, 2 anggota awam menerima Sijil Penghargaan dan 13 anggota menerima Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara.
Selepas itu pada jam 1100hrs telah diadakan ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam iaitu Dr. Rosman Bin Suri dan pada sebelah petangnya pula telah diadakan aktiviti gotong - royong sekitar kawasan Kompleks Penjara Kluang yang telah disertai oleh PKK Roslan, PKP Muslih bersama semua anggota yang terlibat.
Pada 21 Oktober 2008 bermula jam 0900hrs telah diadakan program Pemeriksaan Kesihatan dan Menderma Darah yang telah dijalankan oleh pegawai Kementerian Kesihatan serta Bank Darah Daerah Kluang. Program ini juga termasuk dalam acara rasmi sambutan Hari Penjara peringkat institusi Penjara Kluang. Sebanyak 41 beg darah berjaya dikumpulkan dalam program ini dan berharap ia akan dapat membantu pihak yang memerlukannya. Aktiviti atau program terakhir dalam minggu sambutan Hari Penjara adalah Majlis Tahlil serta Doa Selamat yang akan diadakan pada 23 Oktober 2008 selepas solat Maghrib di Masjid Al - Muhaimin Kompleks Penjara Kluang. ""